Blog ini adalah untuk tujuan promosi ahli Redlife yang berdaftar sahaja..Ini bukan laman web rasmi Syarikat Redlife Sdn.Bhd.

Profail Syarikat

Ucapan tahniah kerana anda telah memilih REDLIFE SDN.BHD, sebagai rakan kongsi perniagaan anda. Kami di Redlife mengalu-alukan anda sebagai keluarga besar Redlife. Syarikat REDLIFE komited memberi layanan yang terbaik dan saksama kepada semua rakan kongsi niaga yang berada di bawah naungan kami. 

Kami berusaha untuk mewujudkan satu sistem perniagaan yang boleh didokong oleh semua lapisan masyarakat. Untuk menentukan pencapaian tersebut Redlife komited di dalam program pendidikan rakan-rakan perniagaannya demi untuk memastikan mereka berkeyakinan diri, bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan yang bakal mendatang.

Di Redlife kami ingin melihat semua ahli keluarganya dapat memperbaiki taraf ekonomi mereka. Justeru Redlife turut menyediakan pelan pemasaran yang praktikal dan mudah, tidak membebankan dan mampu menjana pendapatan yang lumayan tanpa had. Redlife komited untuk menghasilkan rangkaian produk yang berkualiti tinggi dan boleh digunapakai oleh semua rakan kongsi dan pengguna-pengguna umum.

Kami berharap setiap ahlinya mendapat faedah dari segi kesihatan dan peningkatan taraf ekonomi serta bangga untuk memperkenalkan Redlife kepada semua kenalan. Kejayaan semua ahli akan membawa Redlife ke arah kegemilangan dan membolehkan ia untuk berkongsi kejayaan dengan lebih ramai rakan kongsi dan pengguna-pengguna umum pada masa hadapan.

KE ARAH MASA HADAPAN YANG CEMERLANG

Engku Murad Engku Ibrahim
PENGERUSI



Syarikat Redlife  merupakan syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat REDLIFE SDN BHD berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(654232-U), ditubuhkan pada 1 Jun 2011. Ibu pejabat utama terdapat di Pulau Pinang. Redlife mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan aktiviti yang menjurus kepada jualan langsung (AJL931524) yang membekalkan produk kesihatan yang bermutu tinggi.


KELEBIHAN SYARIKAT



Kilang kami terletak di Prai bersama Pusat Penyelidikan dan Pembangunan yang dilengkapi dengan kemudahan terunggul dan berteknologi tinggi. Semua operasi dalam kilang dijalankan oleh pasukan yang diikhtiraf dan mempunyai kepakaran yang tinggi dan dilatih sepenuhnya. Pasaran eksport kami sekarang meliputi 17 buah negara dan pelan strategi kami akan membawa kami ke peringkat yang lebih jauh lagi.


Pentadbiran kamidikawal dengan pasukan REDSTAR yang berpengalaman dan mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti. Program latihan perniagaan kami diajar oleh pemimpin dan penceramah yang berkemahiran dan bermotivasi tinggi. Kami akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar tanpa sekatan dan juga kebebasan kewangan pelan pemasaran yang mudah dicapai kepada mereka yang menyertai kami. Redlife percaya bahawa apa yang memanfaatkan individu juga memanfaatkan syarikat.

Kelebihan menyertai syarikat kami ialah, produk yang dikeluarkan adalah produk di bawah kilang syarikat sendiri. Kami tidak menjual atau menjadi wakil syarikat jualan lain yang mana harga terpaksa ditingkatkan kerana kos yang lebih tinggi. Oleh itu, untuk menyertai syarikat ini, modal adalah serendah RM490.00 dan pelanggan atau ahli akan mendapat barangan setimpal dengan nilai duit yang dibayar. Dengan modal serendah ini, syarikat akan berusaha untuk membantu usahawan yang berani meningkatkan pendapatan dengan bantuan latihan dan semangat motivasi untuk berjaya.


No comments:

Post a Comment